Perangai pelik orang gatal tangan

No Image Caption
A
A
A

TAMAN Tasik Titiwangka diserbu orang awam pada hari pembukaannya Ahad lalu selepas ditutup lebih setahun untuk kerja naik taraf dan sebahagian projek River of Life.

Wajah baharu taman awam itu menerima reaksi positif daripada orang awam terutama membabitkan pembukaan zon baharu taman permainan air untuk kanak-kanak.

Antara naik taraf yang dilakukan termasuk penggantian papan tanda dan alat senaman, laluan pejalan kaki dan pemasangan litar kamera tertutup (CCTV) serta pengindahan landskap.

Merak Jalanan puji langkah kerajaan menaik taraf tempat riadah seperti Taman Tasik Titiwangsa kerana ia adalah tempat yang paling sesuai bagi warga kota untuk merehatkan minda dan menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.

Apa yang Merak Jalanan sakit hati ialah dengan perangai segelintir orang yang tak sayang kepada harta benda awam. Tindakan mereka bukan sahaja merosakkan kemudahan milik bersama malah mencacatkan pemandangan.

Contohnya dengan menconteng papan tanda di Taman Tasik Titiwangsa dengan menulis 'awek pailang'. Tindakan berkenaan jelas mencerminkan sikap minda kelas bawah.

Jika tidak dikenakan hukuman yang tegas, sampai bila pun negara kita sukar untuk mengekalkan kemudahan yang ada pada tahap yang terbaik.

Malah wang berjuta-juta sekalipun tidak akan cukup untuk menampung kerja-kerja pembaikan sekiranya sikap gatal tangan ini masih berterusan.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan nak cadangkan kepada DBKL agar pelaku dapat dicekup dan kenakan hukuman yang setimpal.

Pertamanya pelaku wajar membayar ganti rugi di atas perbuatan tidak bertanggungjawab itu. Keduanya pastikan pelaku terlibat didenda kerja-kerja cuci tandas di taman tasik berkenaan.

Hukuman sama boleh dikenakan kepada pelaku lain yang suka membuang sampah sesuka hati hingga mencacatkan pandangan awam.

Pastikan tangan-tangan yang gatal itu insaf dan tidak lagi gatal pada masa depan!