Lelaki diselamatkan selepas hanyut di sungai

Mangsa berjaya diselamatkan selepas dihanyutkan arus deras hampir satu kilometer.
Mangsa berjaya diselamatkan selepas dihanyutkan arus deras hampir satu kilometer.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki terselamat selepas dihanyutkan arus deras hampir satu kilometer setelah terjatuh ke dalam sungai ketika sedang menjala ikan di Sungai Triang, Bera pagi tadi.

Mangsa, B Raja, 27, sempat berpaut pada sebatang kayu berhampiran sebuah pam pasir di sungai itu sebelum diselamatkan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata, ketika diselamatkan mangsa berada dalam kesejukan dan mengalami kekejangan otot.

Menurutnya, mangsa dibawa dan dinaikkan ke tebing sebelum diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan lanjut.

Anggota bomba mengangkat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak perubatan. (Kanan: Mangsa diberi rawatan oleh pihak perubatan.)
Anggota bomba mengangkat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak perubatan. (Kanan: Mangsa diberi rawatan oleh pihak perubatan.)

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan selepas menerima maklumat kejadian pada jam 8.55 pagi daripada orang awam.

"Berdasarkan maklumat yang diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Triang ke lokasi bersama dua jentera untuk bantuan menyelamat," katanya.

Artikel Berkaitan: