Amaran hujan lebat di tiga negeri

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning iaitu hujan lebat di beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Sabah pada hari ini sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 1 tengah hari ini memaklumkan hujan lebat dijangka melanda daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu serta Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

Di Sabah pula hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pantai barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Banjir di Pahang, Johor jejas lebih 9,000 mangsa

Artikel Berkaitan: