ROL KL tersenarai 10 persisir sungai terbaik dunia

- Foto internet
- Foto internet
A
A
A

KUALA LUMPUR - Projek Sungai Nadi Kehidupan (ROL) tersenarai dalam 10 daerah pesisir sungai yang terbaik di dunia oleh Independent, sebuah portal berita dalam talian United Kingdom.

Portal ini menekankan bahawa walaupun pusat bandaraya Kuala Lumpur dikelilingi oleh hotel mewah, namun kawasan bersejarah berhampiran Masjid Jamek yang indah menjadi yang paling menarik.

"Sebahagian besar pusat bandar ini terletak di tebing Sungai Klang, yang menjadi tumpuan projek Sungai Nadi Kehidupan, sebuah projek regenerasi yang digambarkan sebagai salah satu projek pemulihan sungai bandar yang paling mahal yang pernah dijalankan.“Tetapi ianya berbaloi... hari ini ada kafe di tepi sungai, air pancut berteknologi tinggi, laluan basikal dan pertunjukan pencahayaan malam yang menukar air menjadi kebiru-biruan yang menakjubkan,” katanya.

Projek ROL itu bertujuan menghidupkan semula Sungai Klang dan Sungai Gombak yang mengalir di tengah bandar dengan mengubah tebing kedua-dua sungai itu mempunyai nilai ekonomi dan komersial melalui pembersihan sungai, pengindahan dan pembangunan tanah.

Fasa pertama pengindahan sungai bagi Presint 7 projek itu melibatkan tempat bersejarah seperti Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan Pasar Seni yang merupakan tempat pertemuan kedua-dua sungai itu.

Kawasan pesisir air lain yang berada dalam senarai itu ialah anak sungai Shibuya di Tokyo, Jepun, Holzmarkt (Berlin, Jerman), laluan sungai Tampa (Florida, AS), Daerah Seaport (New York, Amerika Syarikat), Elizabeth Quay (Perth, Australia), Clarke Quay (Singapura), Charoen Krung (Thailand), Sugar Beach (Kanada) dan Victoria Dockside (Hong Kong).

Artikel Berkaitan: