Penganggur pukul ibu hingga koma didakwa

Mohamad Solehin (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas tuduhan memukul ibunya sehingga koma Selasa lalu.
Mohamad Solehin (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas tuduhan memukul ibunya sehingga koma Selasa lalu.
A
A
A

KUANTAN - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan memukul ibu kandungnya sehingga koma Selasa lalu.

Tertuduh Mohamad Solehin Sabat, 28, membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim Dazuki Ali selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mohamad Solehin didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap ibu kandungnya yang berusia 46 tahun dengan menggunakan besi katil dan batang paip polyvinyl chloride (PVC).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumahnya di Kampung Pulau Rusa, Pekan pada jam 5 petang, 10 Disember lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwaraya Hayati Abdullah tidak menawarkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh atas alasan tertentu kemungkinan mengalami masalah mental.

Mahkamah mengarahkan tertuduh dibawa ke Hospital Permai Johor untuk pengawasan dan laporan mental sehingga tarikh perbicaraan.

Sebutan semula kes 17 Januari depan.

Artikel Berkaitan: