X

Kindly register in order to view this article
!

dUCk lancar butik keenam di Setia Alam

BUTIK dUCk yang beroperasi Setia City Mall, Shah Alam, Selangor menerapkan konsep perpustakaan.
A
A

SELEPAS melancarkan butik dUCk kelima di pusat beli-belah 1Utama, Petaling Jaya, Selangor sempena simbolik usia jenama tersebut pada bulan Oktober lalu, kini Kumpulan dUCK membuka cawangan keenam.

Butik baharu yang beroperasi di Setia City Mall, Shah Alam, Selangor itu masih mengekalkan konsep perpustakaan bagi menyuntik kelainan dan keistimewaan.

Lazimnya, jika menjengah masuk ke dalam perpustakaan, pastinya kita disajikan pelbagai buku, artikel dan jurnal.

Namun begitu, berbeza pula dengan 'library' dUCk kerana yang memenuhkan para-para warna putih adalah himpunan kotak rona ungu berisi variasi hijab menawan.

Hiasan dalaman dan dekorasi tersebut membuatkan pengunjung seolah-olah berada di dalam sebuah perpustakaan.

Suntikan konsep di butik baharu itu secara tidak langsung mencerminkan personaliti dUCk yang feminin dan moden.

Sementara itu, Bar Kosmetik dUCk dihiasi batu marmar pula merupakan sudut membolehkan wanita mencuba tekstur dan warna alat solek yang bersesuaian dengan ton kulit wajah.

Pengasas Kumpulan dUCk, Vivy Yusof, menzahirkan keterujaan apabila berjaya membuka dua buah butik pada tahun ini. Kegembiraan itu turut bercambah apabila berpeluang menjalinkan kerjasama dengan pihak Disney bagi koleksi tudung The Disney x dUCk Frozen.

"Saya menggelarkan butik, 'dUCk It Your Way' kerana di sini pengunjung bukan sahaja berpeluang membeli koleksi tudung, bahkan boleh mendapatkan kosmetik dan tas tangan.

"Selain dijadikan koleksi peribadi kepelbagaian produk dUCk juga ideal dihadikan untuk yang tersayang," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.

Terdahulu, Kumpulan dUCk turut membuka butik yang kelima di pusat beli-belah 1Utama, Petaling Jaya, Selangor simbolik dengan usia jenama berkenaan.

SELAIN kosmetik, pengunjung juga berpeluang memiliki koleksi hijab yang berkualiti.
SELAIN kosmetik, pengunjung juga berpeluang memiliki koleksi hijab yang berkualiti.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!