Warga Myanmar maut ditikam rakan sekerja

PDRM
PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pergaduhan antara dua rakan sekerja berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka ditemukan maut dengan kesan tikaman di dada di Desa Tun Razak di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras menerima panggilan kecemasan memaklumkan berlaku pergaduhan melibatkan dua lelaki warga Myanmar pada jam 9 pagi.

Menurutnya, mangsa yang berusia 35 tahun ditemukan terbaring berlumuran darah dengan kesan tikaman di bahagian dada.

"Senjata yang digunakan menjurus kepada kematian mangsa yang bekerja di sebuah pusat kimpalan besi turut ditemukan.

"Suspek yang juga rakan sekerja mangsa telah melarikan diri selepas kejadian dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan," katanya.

Katanya, saksi telah dirakam percakapan selain selain rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut diambil bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan: