100 murid terima bantuan sekolah

Tetamu bersama penerima sumbangan pada Program Kembali Ke Sekolah 2020@Zon 21.
Tetamu bersama penerima sumbangan pada Program Kembali Ke Sekolah 2020@Zon 21.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seramai 100 murid dari keluarga kurang berkemampuan di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung di sini semalam menerima bantuan berupa beg sekolah dan alat tulis menerusi Program Kembali Ke Sekolah 2020@Zon 21.

Program yang merupakan kerjasama Kelab Pesona Selangor dan Ahli Majlis Zon 21 Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Penggerak Belia Tempatan Zon 21 itu melibatkan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bunga Raya 1 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bunga Raya 2.

Ahli Majlis MDHS, Khairul Azhari Saut berkata, program itu diadakan bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka untuk sesi persekolahan tahun hadapan.

"Diharap sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada murid-murid dan motivasi kepada mereka supaya berjaya dalam pelajaran dan gembira untuk hadir ke sekolah," katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program Kembali Ke Sekolah 2020@Zon 21.

Turut hadir Guru Besar SK Taman Bunga Raya 2, Zaini Mat Lazin dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Taman Bunga Raya 1, Hadijah Ibrahim, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Bunga Raya 1, Mohd Nizam Mat Rahim; Yang Dipertua PIBG Taman Bunga Raya 2, Muhamad Tarmizi Hasim dan Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, Mohd. Shahrizal Subhi.

Artikel Berkaitan: