Lelaki bakar diri diselamatkan orang awam

Mangsa berjaya diselamatkan namun kritikal dengan kesan lecur 70 peratus di seluruh anggota badan.
Mangsa berjaya diselamatkan namun kritikal dengan kesan lecur 70 peratus di seluruh anggota badan.
A
A
A
IPOH - Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan membakar anggota badannya di kawasan semak berhampiran Terminal Meru Raya petang tadi.

Kejadian sekitar jam 3.21 petang itu disedari orang awam yang kemudiannya bertindak memadam kebakaran berkenaan menggunakan dua baldi berisi air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Sharudi Muhamad Halil berkata, lelaki berusia 39 tahun itu berjaya diselamatkan namun berada dalam keadaan kritikal dengan kesan lecur hampir 70 peratus di seluruh anggota badan.

"Siasatan awal mendapati, lelaki itu melakukan pembakaran menggunakan minyak petrol, mangsa telah dibawa ke tempat selamat sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurutnya, kejadian itu disedari lebih awal oleh pengawal keselamatan terminal bas terbabit yang terlihat asap berhampiran laluan keluar bas.

"Pengawal itu kemudiannya terlihat seorang lelaki dalam keadaan terbakar sebelum meminta orang awam membantunya memadam api.

"Mereka menyimbah air ke atas mangsa menggunakan dua baldi air, ketika anggota bomba tiba, api telah berjaya dipadamkan sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan diberikan, ketika kejadian mangsa berada dalam keadaan tertekan.

"Mangsa turut membawa bersama sebuah beg berisi pakaian," katanya.
Artikel Berkaitan:


Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.10 petang.