Polis rakam keterangan 14 saksi kes majlis memperingati PKM

Datuk Huzir Mohamed
Datuk Huzir Mohamed
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 14 saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan berhubung penganjuran majlis peringatan ulangtahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai di Kajang, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya juga akan memanggil beberapa saksi lain bagi membantu siasatan.

"Kita telah membuat temu janji dan menetapkan tarikh dengan saksi berkenaan untuk merakam percakapan mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, tadi.

Huzir memaklumkan pihaknya telah menerima 114 laporan polis berkait isu yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam pertubuhan hadiri majlis peringatan perjanjian damai Hatyai haram

Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebuah portal berita melaporkan, kira-kira 300 orang telah menghadiri perjumpaan dan perhimpunan yang dipercayai melibatkan bekas ahli PKM itu di Kajang, baru-baru ini.

Perjumpaan itu difahamkan sebagai memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

Artikel Berkaitan: