Tak perlu tunggu 'Perjanjian Abad Ini' yang dipelopori AS

Bendera Palestin berkibar atas sebuah bangunan di negara itu. Foto: 123RF
Bendera Palestin berkibar atas sebuah bangunan di negara itu. Foto: 123RF
A
A
A

RAMALLAH - Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh memberitahu semalam bahawa negara itu menolak pelan damai dipelopori Amerika Syarikat (AS) atau lebih dikenali sebagai 'Perjanjian Abad Ini', lapor agensi berita China Xinhua.

"Pelan itu adalah satu 'projek AS yang kita tolak'," kata Perdana Menteri itu dalam satu Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di bandar Ramallah, Tebing Barat.

"Kita tidak akan menunggu perjanjian itu, ia bakal terkubur sebaik sahaja dilahirkan jika diumumkan," katanya.

"Washington tidak menemui rakan kongsi untuk pelan ini di Eropah, dunia Arab atau dalam kalangan rakyat Palestin," kata beliau.

Pelan itu mempunyai dua bahagian iaitu ekonomi dan politik.

Pada 22 Jun 2019, pentadbiran Presiden Donald Trump mengeluarkan bahagian ekonomi yang bertajuk 'Keamanan untuk Kemakmuran', manakala bahagian politik belum dikeluarkan.

Hubungan politik antara Palestin dan AS telah terjejas selepas Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada Disember 2017. - Bernama

Artikel Berkaitan: