KPJ Seremban tambah lima pakar

Muhammad Sofian (kiri) semasa membantu kanak-kanak memilih pakaian sekolah di Pasaraya Mydin Seremban semalam.
Muhammad Sofian (kiri) semasa membantu kanak-kanak memilih pakaian sekolah di Pasaraya Mydin Seremban semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Hospital Pakar KPJ Seremban akan meningkatkan perkhidmatan di pusat perubatan berkenaan dengan penambahan lima doktor pakar sempena pembukaan klinik pakar baharu pada awal Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Seremban, Mohamad Sofian Ismail berkata, pakar-pakar tersebut melibatkan doktor pakar mata, telinga, tekak dan hidung, pakar kanak-kanak, psikiatri dan pakar radiologi.

Menurutnya, penambahan bilangan tersebut menjadikan jumlah pakar yang bakal berkhidmat di hospital itu keseluruhannya berjumlah 39 orang.

"Selain penambahan doktor pakar, kita juga akan menambah sebanyak 13 katil bagi rawatan dialisis, yang akan ditempatkan di pusat dialisis di bangunan baharu.

Dalam pada itu, Mohamad Sofian berkata, KPJ Seremban juga akan menambah 48 katil di bangunan baharu dan klinik pesakit luar.

"Kita berharap perkhidmatan baharu ini dapat memberi perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh kepada masyarakat Seremban dan juga seluruh rakyat Negeri Sembilan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Jom Kembali Ke Sekolah 2020 anjuran Hospital Pakar KPJ Seremban di Pasaraya Mydin Seremban 2, dekat sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Pegawai Daerah Seremban (Sektor Pengurusan Sekolah), Khalidah Omar.

Artikel Berkaitan: