Tentera Israel tembak pekerja Palestin

Mangsa yang cedera dimasukkan ke ambulans dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Foto: Agensi
Mangsa yang cedera dimasukkan ke ambulans dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Foto: Agensi
A
A
A

RAMALLAH - Seorang lelaki Palestin yang mempunyai pas keselamatan pekerja di penempatan Yahudi di Tebing Barat cedera ditembak tentera Israel semalam.

Kejadian berlaku berhampiran tembok pemisah di bandar Tulkarem.

Sumber tempatan berkata, kecederaan dialami mangsa bagaimanapun tidak mengancam nyawa dan lelaki itu telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sebelum kejadian, tentera Israel mengejar sekumpulan pekerja Palestin berhampiran tembok pemisah namun tiada tangkapan dibuat.

"Tentera Israel menyerbu pekan Qaffin di utara Tulkarem dan melepaskan tembakan serta bom asap terhadap sekumpulan lelaki Palestin.

"Kesemua lelaki Palestin itu dalam perjalanan menuju ke tempat kerja," kata saksi. - Agensi

Artikel Berkaitan: