Majlis Presiden PH didesak percepat umum tarikh peralihan kuasa

Wan Fauzuldin Wan Samad
Wan Fauzuldin Wan Samad
A
A
A

KUANTAN - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang mendesak Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengumumkan tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri seperti dipersetujui sebelum ini.

Ketua komunikasinya, Wan Fauzuldin Wan Samad berkata, desakan itu dibuat bagi memastikan peralihan kuasa dilaksanakan sebelum Mei tahun hadapan.

"Pengumuman ini penting bagi mengelakkan kesenjangan (ketidakseimbangan) politik dan persepsi negatif terhadap kerajaan PH (Pakatan Harapan).

"Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberikan haknya seperti yang dijanjikan tanpa usaha daripada mana-mana pihak untuk melambat-lambatkan proses ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, usul tersebut akan dibawa ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebelum dikemukakan ke mesyuarat Majlis Presiden PH.

"Dalam masa sama ahli-ahli turut diingatkan tidak membuat kenyataan terbuka dengan tujuan membantah keputusan ditetapkan parti.

"Jiuga diminta tidak menolak untuk mengenakan tindakan disiplin bagi memberi peringatan kepada ahli-ahli terutamanya di negeri ini," katanya.

Artikel Berkaitan: