Glitz platform ketengah bakat, pereka baharu

SEBAHAGIAN model cilik yang terlibat pada pertunjukan fesyen Pesona Pengantin The Cat Walk Edition x Glitz di Kuala Lumpur baru-baru ini.
SEBAHAGIAN model cilik yang terlibat pada pertunjukan fesyen Pesona Pengantin The Cat Walk Edition x Glitz di Kuala Lumpur baru-baru ini.
A
A
A

PERTUNJUKAN fesyen Pesona Pengantin The Cat Walk Edition x Glitz yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini merupakan anjuran Glitz (hub bakat dan model Nu Ideaktiv Sdn Bhd bersama majalah perkahwinan popular, Pesona Pengantin.

Berdasarkan rekod, lebih 100 koleksi busana raja sehari karya pereka fesyen terkenal tanah air yang sedang meningkat naik dipamerkan sepanjang acara berlangsung dalam tempoh lapan jam.

Menurut penyelaras acara, Oda Yunus, Pesona Pengantin The Cat Walk Edition x Glitz dibuka khas kepada kumpulan pereka yang memasang impian untuk melangkah jauh dalam industri fesyen negara.

"Acara fesyen julung kali dianjurkan ini merupakan platform terbaik khususnya buat pereka muda mengetengahkan rekaan terkini dan eksklusif.

"Pada masa sama, membuka peluang kepada bakal pengantin melihat lebih dekat koleksi busana dipamerkan dan merasai sendiri material fabrik yang digunakan pereka," jelasnya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.

Justeru, selain Istana Puteh dan DH Art by Wan Huzairil, himpunan label yang turut terlibat menjayakan pertunjukan fesyen Pesona Pengantin The Cat Walk Edition x Glitz ialah Salikin Sidek, Adi Suhaizad Sulong, Elyza’s Home, Muni, Azzim Aziz, Nabil dan Zuerry Faeiz.

Selain itu, kehadiran barisan model cilik mengatur langkah penuh yakin memperagakan seleksi busana juga mencuit hati para hadirin.

Mereka bukan sahaja, anggun menggayakan pakaian tradisional, malah tampak comel dalam persalinan gaun kembang dan sut rekaan moden.

Artikel Berkaitan:

Situasi tersebut membuktikan bahawa pihak Glitz bukan sahaja melahirkan bakat kategori dewasa, bahkan membentuk model seawal usia kanak-kanak supaya berani berdepan dan beraksi di hadapan khalayak.

ANEKDOT

Glitz

Facebook: @glitz.my

Instagram: @glitz.my

Web: www.glitz.my