Tip kawal sifat marah

KAWALLAH kemarahan agar tidak menyinggung perasaan orang lain dan menjadi punca kepada berlakunya masalah besar di kemudian hari.
KAWALLAH kemarahan agar tidak menyinggung perasaan orang lain dan menjadi punca kepada berlakunya masalah besar di kemudian hari.
A
A
A

ADAKALANYA apabila badan terlalu letih ditambah pula perut kosong membuatkan kita hilang pertimbangan sehingga perasaan amarah menguasai diri.

Apa yang tidak seronoknya apabila kemarahan itu dilampiaskan kepada orang di sekeliling kita pula.

Lebih memburukkan keadaan lagi apabila isteri, suami atau anak menjadi tempat untuk melepaskan amarah.

Sudah tentu ia akan menjejaskan emosi terutama kanak-kanak yang dahagakan belaian dan kasih sayang daripada ibu bapa selepas hampir seharian ditinggalkan dengan pengasuh disebabkan tuntutan kerja.

Malah, sifat marah itu boleh menjadi punca berlakunya masalah yang lebih besar di kemudian hari.

Ketahuilah Islam menyediakan panduan untuk kita mengawal sifat marah.

Jom bersama pendakwah Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkongsi tip mengenainya dalam segmen Tip Sinar Islam pada hari ini.

Artikel Berkaitan: