Militan tembak mati 19 pengembala lembu

Pengembala lembu Fulani jadi sasaran Boko Haram di Nigeria. Foto: Agensi
Pengembala lembu Fulani jadi sasaran Boko Haram di Nigeria. Foto: Agensi
A
A
A

KANO - Militan Boko Haram menembak mati 19 pengembala lembu di timur laut Nigeria semalam, menurut sumber kumpulan separa tentera dan orang awam kepada AFP.

Kejadian membabitkan pengembala daripada etnik Fulani itu berlaku di luar perkampungan Fuhe dekat Ngala yang berhampiran dengan sempadan Cameroon.

Boko Haram meningkatkan serangan dan menyasarkan golongan petani, pengembala dan pembalak kerana menuduh mereka menjadi pengintip serta menyampaikan maklumat kepada tentera kerajaan.

Pada November tahun lalu, Boko Haram menculik hampir 50 pembalak di perkampungan Bulakesa berhampiran Gamboru.

Konflik berdekad lamanya di Nigeria telah meragut 35,000 nyawa dan menyebabkan hampir dua juta orang menjadi pelarian.

Selain Nigeria, negara jiran seperti Niger, Chad dan Cameroon turut berdepan serangan daripada Boko Haram. - AFP

Artikel Berkaitan: