'Sudah tiba masanya anak muda Melayu ceburi bola keranjang'

Abu Haffiz
Abu Haffiz
A
A
A

SHAH ALAM - Aksi pasukan Breakers dalam kategori basketball 3on3 sempena program Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi di pekarangan Kumpulan Karangkraf hari ini mencuri tumpuan penonton.

Apa tidaknya, jika sebelum ini sukan berkenaan didominasikan oleh kaum Cina, namun pasukan bola keranjang yang diwakili oleh anak muda Melayu tangkas beraksi.

Menurut Ketua Pasukan Breakers, Abu Haffiz Abu Harris, 24, beliau sememangnya sudah berkecimpung dalam sukan bola keranjang sejak di bangku sekolah dan pernah beraksi mewakili Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh bagi kejohanan peringkat kebangsaan pada tahun 2012.

Menjadikan pemain Amerika Syarikat, Shaq O Neil sebagai pemain idolanya, Abu Haffiz berharap agar lebih ramai anak muda khususnya kaum Melayu dapat menceburi sukan bola keranjang di negara ini.

Malah katanya, sudah tiba masanya, sukan berkenaan dijadikan sebagai antara salah satu sukan teras atau sukan utama di peringkat kebangsaan, selain bola sepak.

"Kita ada ramai pemain yang berbakat besar dalam sukan bola keranjang ini dan mungkin suatu hari mereka ini akan dapat mengharumkan pula nama negara dalam kejohanan antarabangsa," katanya.

Artikel Berkaitan: