Asing fungsi klinik, farmasi kawal harga ubat

Gambar hiasan - FOTO: 123RF, gambar kecil: Dr Ahmed Razman
Gambar hiasan - FOTO: 123RF, gambar kecil: Dr Ahmed Razman
A
A
A

SHAH ALAM - Pelaksanaan sistem pengasingan fungsi klinik dan farmasi di negara ini atau dikenali dispensary separation (DS) adalah langkah terbaik boleh diperkenalkan kerajaan bagi mengawal harga ubat dan bekalan farmasi di Malaysia pada masa hadapan.

Penganalisis Ekonomi, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, langkah mengkhususkan premis klinik dan hospital kepada aspek diagnostik penyakit dan pemberian rawatan sahaja adalah inisiatif terbaik menangani peningkatan kadar premium tahunan insurans perubatan pesakit yang tinggi.

Menurutnya, apabila tanggungjawab penjualan ubat dan bekalan farmasi hanya tertumpu kepada premis farmasi sahaja, ianya secara tidak langsung memudahkan usaha kerajaan mengawal harga ubat daripada terus meningkat saban tahun.

"Secara umum, cadangan ini dikira bagus kerana harga ubat dijual di hospital dan klinik dengan farmasi adalah berbeza... harga ubat di hospital, klinik lebih tinggi.

"Ini disebabkan mereka tahu nilai maksimum tuntutan insurans pesakit dibiayai syarikat insurans, jadi mereka akan cuba memaksimumkan harga ubat.

"Jadi langkah memperkenalkan DS untuk jangka masa panjang akan memastikan kadar premium insurans kesihatan tidak mudah naik di samping harga ubat lebih mudah dikawal kerajaan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ahmad Razman berkata, selain cadangan mengawal harga ubat secara kaedah DS, kerajaan juga perlu meningkatkan pemantauan dari aspek caj konsultansi terhadap pesakit dan kadar premium insurans tahunan.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan perlu memperkenalkan mekanisme lebih jelas bagi mengawal harga ubat dan tidak sekadar tertumpu kepada jenis ubat tertentu semata-mata.

Artikel Berkaitan: