250,000 penduduk Gaza menganggur

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

GAZA - Tindakan Israel mengepung wilayah Gaza sejak 13 tahun lalu telah menyebabkan sehingga 250,000 penduduk menganggur dan 80 peratus tenaga kerja lumpuh.

Ketua Jawatankuasa Bantahan Pengepungan di Gaza, Jamal Al-Khodari berkata, hanya 20 peratus kilang dan kemudahan ekonomi beroperasi di wilayah tersebut.

Katanya, program bantuan antarabangsa yang ditawarkan badan termasuk PBB serta Agensi Kerja dan Bantuan PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) juga tidak mempunyai penyelesaian realistik dan berkesan dalam menangani pengepungan Zionis.

"Kita bakal memasuki tahun 2020, tahun di mana banyak badan antarabangsa memberi amaran bahawa Gaza akan menjadi sebuah tempat tidak boleh didiami. Tiada tanda harapan untuk masa depan yang lebih baik di sini," katanya.

Menurutnya, antara masalah utama yang menyebabkan Gaza tidak boleh dihuni adalah kekurangan peluang pekerjaan, peralatan perubatan, bekalan ubat, air bersih dan elektrik.

Al-Khodari turut menggesa semua badan Arab, Islam dan antarabangsa untuk segera bertindak menyelamatkan Gaza dan menghentikan situasi kemanusiaan yang semakin memburuk. - Agensi

Artikel Berkaitan: