Yapiem salur RM4 juta bantu mangsa banjir seluruh negara

Rohana (kiri) dan Husam (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima di PPK Kubang Sepat di sini hari ini.
Rohana (kiri) dan Husam (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima di PPK Kubang Sepat di sini hari ini.
A
A
A

PASIR MAS - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapiem) memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi membantu penduduk miskin yang terjejas dengan banjir di seluruh negara.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yapiem, Rohana Kamarudin berkata, jumlah tersebut diperuntukkan untuk tahun ini dan tahun depan.

“Bantuan berupa barangan makanan itu akan disalurkan kepada seramai 200 penerima di setiap jajahan dan daerah.

“Kita akan turun ke seluruh negara untuk agihkan bantuan ini kepada mereka yang terjejas dengan banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Bank Makanan Yapiem bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubang Sepat di sini hari ini.

Perasmian majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi KADA, Datuk Husam Musa.

Menurutnya, beliau berharap bantuan itu dapat membantu meringankan beban yang dialami oleh mangsa banjir.

Katanya, Yapiem sentiasa komited dalam membantu golongan yang memerlukan melalui kerjasama strategik dengan agensi kerajaan.

Artikel Berkaitan: