Tiada masalah tambah peruntukan bantuan banjir

Sahruddin (kanan) bersama Farizal Ismail (dua dari kiri) beramah mesra bersama mangsa banjir ketika hadir melawat Pusat Pemindahan Banjir (PPS) SK Sedili Kecil, Kota Tinggi hari ini. - Foto: Bernama
Sahruddin (kanan) bersama Farizal Ismail (dua dari kiri) beramah mesra bersama mangsa banjir ketika hadir melawat Pusat Pemindahan Banjir (PPS) SK Sedili Kecil, Kota Tinggi hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

KOTA TINGGI - Kerajaan Johor tiada masalah untuk menambah peruntukan bantuan yang diberikan kepada agensi terlibat bagi membantu mangsa​​​​-mangsa banjir yang terjejas di Johor, namun ia bergantung kepada keperluan.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, ketika ini kerajaan Johor telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.1 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai bantuan banjir dan kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan RM500,000 sebagai bantuan.

“Jadi kalau ada keperluan kita akan bagi lagi, tidak ada masalah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sedili Kechil di sini semalam.

Sahruddin juga menegaskan pihaknya akan berusaha menangani bencana itu sebaik mungkin dengan merujuk masalah-masalah yang berbangkit kepada agensi yang berkenaan.

Artikel Berkaitan: