Isu Negaraku versi Mandarin tak perlu disiasat: Guan Eng

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berucap pada Majlis Konvensyen Tahunan DAP Negeri Pulau Pinang hari ini.--- fotoBERNAMA
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berucap pada Majlis Konvensyen Tahunan DAP Negeri Pulau Pinang hari ini.--- fotoBERNAMA
A
A
A

SEBERANG PERAI- Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta agar tiada siasatan dijalankan berhubung laporan mengenai nyanyian lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin.

"Mengapa lagu Negaraku dinyanyikan dalam bahasa Arab tidak menjadi isu, tetapi bila dinyanyikan dalam Mandarin, jadi isu sehingga ada yang membuat laporan polis. Saya harap polis tidak menjalankan siasatan ke atas anak-anak kita, biar kan mereka. Mereka tak ada salah.

"Mereka hanya mengikut teks yang disediakan oleh sekolah dan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan pada 2014 dan diedarkan kepada semua sekolah pada 2015. Sebab itu, saya rasa, mereka ini hanya diberi peringatan bahawa Negaraku kena nyanyi dalam bahasa Melayu, tak perlu siasatan," katanya ketika ucapan pembukaan di Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di sini hari ini.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bagan itu berkata, DAP tetap dengan pendirian bahawa lagu Negaraku perlu dinyanyikan dalam bahasa Melayu dan bukannya bahasa lain.

ARTIKEL BERKAITAN Lagu Negaraku versi Mandarin untuk kefahaman murid: KPM

Artikel Berkaitan: