X

Kindly register in order to view this article
!

Dreamers juara pertandingan bola keranjang ‘Sweat & Shoot

Ketua Pegawai Operasi Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin (tengah, kiri) bersama pasukan yang memenangi pada program ‘Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi’ di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini hari ini. - Foto: Rosli Talib
A
A

SHAH ALAM - Pasukan Dreamers dinobatkan sebagai johan pada pertandingan bola keranjang pada program ‘Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi’ di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.

Kemenangan Dreamers sekali gus menafikan peluang pasukan lain yang terdiri daripada anak muda pelbagai kawasan di sekitar Shah Alam untuk bergelar juara.

Dreamers berjaya menewaskan kumpulan We Love Karangkraf yang sekadar menduduki di tempat kedua.

Bagi kepten Dreamers, Tan Kim Yeow berkata, kemenangan ini bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. tetapi ianya merupakan satu kemenangan manis kerana buat julung kalinya bersama bergelar juara dalam pertandingan.

"Jika sebelum ini saya dan rakan bermain di pasukan yang berbeza, namun, atas semangat setiakawan, kami bersama berusaha sebagai satu pasukan dan hasilnya kemenangan menjadi milik kami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi penyampaian hadiah yang diadakan di pekarangan Kompleks Karangkraf hari ini.

Mengulas lanjut mengenai program, dirinya berharap program sukan sebegini perlu diteruskan di masa akan datang.

"Saya memuji usaha penganjur Sinar Harian dan Sin Chew Daily dalam menganjurkan Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi ini.

"Sukan bukan sesuatu yang perlu dibeza-bezakan, semua bangsa ada dalam sukan jadi kita meraikan sukan bersama tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.

Dalam pertandingan ini, Dreamers merangkul johan dengan membawa pulang pingat, trofi juara dan wang tunai sebanyak RM3,000 manakala tempat kedua dimenangi kumpulan We Love Karangkraf yang membawa pulang pingat dan wang tunai sebanyak RM2,000 dan tempat ketiga dimenangi Team Sinar membawa pulang pingat dan wang tunai sebanyak RM1,200.

Kemeriahan jelas terasa pada program ‘Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi’ di pekarangan Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.

Lebih 56 pasukan bertanding dalam menyertai pelbagai acara antaranya e-sports, basketball shootout, stage games, persembahan pancaragam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus