14 terbunuh bas jatuh gaung di Nepal

Keadaan bas yang remuk teruk selepas terjunam ke dalam gaung di tengah Nepal hari ini. - Foto: Agensi
Keadaan bas yang remuk teruk selepas terjunam ke dalam gaung di tengah Nepal hari ini. - Foto: Agensi
A
A
A

KATHMANDU - Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 17 cedera dalam nahas bas di tengah Nepal hari ini.

Laporan The Himalayan Times yang memetik kenyataan polis menyebut, bas malang tersebut tergelincir dari laluan utama dan terjunam ke dalam gaung daripada ketinggian hampir 500 meter di daerah Sindhhupalchowk.

Tambah polis, bas tersebut membawa rombongan keagamaan selepas selesai melawat kuil di Kalinchowk.

"Angka kematian mungkin bertambah dari semasa ke semasa.

"Usaha menyelamatkan dan memindahkan mangsa ke hospital sedang giat dijalankan dengan bantuan penduduk kampung," katanya.

Polis turut memburu pemandu bas terbabit yang meninggalkan lokasi kemalangan sejurus kejadian. - Agensi

Artikel Berkaitan: