Israel paksa penduduk Palestin roboh rumah

Rejim Zionis sering menggunakan alasan tiada permit pembinaan untuk merobohkan kediaman dan bangunan Palesin di wilayah yang diduduki. - Foto: Agensi
Rejim Zionis sering menggunakan alasan tiada permit pembinaan untuk merobohkan kediaman dan bangunan Palesin di wilayah yang diduduki. - Foto: Agensi
A
A
A

BAITULMAQDIS - Penindasan Israel ke atas penduduk Palestin di wilayah yang diduduki tiada penghujungnya.

Dalam insiden terbaru semalam, rejim Zionis mengarahkan seorang penduduk Palestin di perkampungan Jabal al-Mukkaber, tenggara Baitulmaqdis supaya merobohkan rumahnya atas alasan ia dibina tanpa permit.

Sumber tempatan berkata, sekiranya pemilik rumah, Naser Abu Z'eiter mengingkari arahan tersebut, beliau bakal dikenakan penalti lebih tinggi selain dipaksa membayar caj pemusnahan.

Penduduk Palestin di Baitulmaqdis jarang diberikan permit pembinaan oleh Israel dan tiada pilihan lain kecuali membina rumah tanpa kebenaran demi menampung keluarga yang semakin membesar.

Israel kerap menggunakan alasan membina tanpa permit untuk melaksanakan perobohan ke atas rumah penduduk atau bangunan Palestin secara berterusan

Tindakan tersebut dilihat sebagai polisi Zionis untuk menghalau keluar penduduk Palestin serta meluaskan kawasan penempatan haram Yahudi berdekatan. - Agensi

Artikel Berkaitan: