Lapangan terbang dibina di Kuala Selangor?

Maklumat tular di media sosial yang mengatakan sebuah lapangan terbang akan dibina di Kuala Selangor.
Maklumat tular di media sosial yang mengatakan sebuah lapangan terbang akan dibina di Kuala Selangor.
A
A
A

FAKTA

KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dalam satu kenyataan di Facebook berkata, pihaknya menerima pelbagai pertanyaan daripada orang awam mengenai pembinaan lapangan terbang berkenaan yang tular di media sosial.

“Untuk makluman, tiada permohonan secara rasmi daripada mana-mana pemaju kepada MDKS untuk membangunkan projek mega tersebut.

“Sebarang pembangunan perlu merujuk terlebih dahulu kepada MDKS supaya bertepatan dengan Rancangan Tempatan Majlis Daerah Kuala Selangor 2025 yang diwartakan sebagai panduan untuk pembangunan daerah Kuala Selangor,” katanya.

AUTA

Tular di media sosial kenyataan bahawa Kuala Selangor bakal mempunyai lapangan terbang baharu selepas Subang dan Sepang.

Dalam kenyataan yang tular itu Kuala Selangor juga dikatakan akan menjadi sebuah bandar yang lengkap dengan kemudahan termasuk monorail dan stadium.

Menerusi status dimuat naik dalam satu grup Facebook, kemudahan baharu itu dikatakan bakal merubah landskap pembangunan Kuala Selangor dan kawasan berhampiran.

“Perancangan sebuah bandar serba lengkap ini bakal mempunyai sebuah lapangan terbang, stadium, rumah, monorail dan sebagainya. Hasil carian admin, ia akan dibangunkan oleh sebuah syarikat.

“Projek bermula dari 2019 dan bakal siap sepenuhnya pada tahun 2028 ini mampu merangsang ekonomi kawasan sekitar seperti Ijok, Sungai Buluh, Rasa dan yang berdekatan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar,” tulis kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Status itu turut dimuat naik dengan beberapa gambar projek tersebut yang kelihatan menggunakan konsep moden dan canggih.

“Projek ini seperti merealisasikan impian kanak-kanak dahulu untuk melihat wawasan 2020 terlaksana. Tengok sajalah kenderaan yang bakal dipilih mereka, setanding dengan teknologi di Dubai. Sama-sama kita nantikan, semoga menjadi kenyataan,” tulis kenyataan itu.