Timbalan Menteri Kerja Raya makin sihat

Azizah dan Chee Wan (depan berbaju kuning) bersama penerima yang terpilih dalam majlis sumbangan bantuan perayaan sempena perayaan Krismas Parlimen Temerloh oleh Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahhim Isteri Isteri Harapan (Kasih) di Pejabat Ahli Parlimen di sini hari ini.

A
A
A

TEMERLOH - Sejak dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL pada 29 November lalu, selera makan suami semakin baik dan kini semakin sihat dan bertenaga, demikian kata Datin Azizah Che Mat isteri kepada Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir.

Menurutnya, suaminya yang juga Ahli Parlimen Temerloh kini giat menjalani fisioterapi.

"Keadaan beliau semakin pulih dan sedang menjalani rawatan fisioterapi. Semasa di hospital memang tiada selera makan dan bila pulang ke rumah mula berselera dan bertenaga.

"Jadi dengan rawatan yang ada dan keadaan sekarang, beliau (Mohd Anuar) mungkin sebulan dua akan dapat kembali berkhidmat kepada rakyat," katanya pada sidang media sempena majlis sumbangan bantuan perayaan sempena perayaan Krismas Parlimen Temerloh oleh Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahhim Isteri-Isteri Harapan (Kasih) di Pejabat Ahli Parlimen di sini hari ini.

Azizah (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan daripada Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahhim Isteri Isteri Harapan (Kasih) di Pejabat Ahli Parlimen di sini hari ini.
Azizah (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan daripada Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahhim Isteri Isteri Harapan (Kasih) di Pejabat Ahli Parlimen di sini hari ini.

Seramai 50 penerima di kawasan Parlimen terbabit terpilih menerima sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Azizah.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Woo Chee Wan dan Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Tarmizi Ismail.

Sebelum ini, Mohd Anuar dimasukkan ke HKL pada 26 Oktober lalu akibat minor strok setelah dilaporkan pengsan di pejabatnya di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu mengulas mengenai sumbangan tersebut, Azizah memberitahu, ia adalah salah satu usaha Kasih meraikan masyarakat di negara ini yang terdiri pelbagai kaum dengan pelbagai perayaan termasuk untuk menyambut perayaan Hari Krismas.

"Kita menyumbang wang tunai kepada 50 penerima sekitar Temerloh dan ini sumbangan kecil daripada Kasih untuk parlimen terlibat di seluruh negara," jelasnya.