Pokok jering hempap rumah

Anggota bomba mengalihkan pokok jering yang menghempap sebuah rumah dalam kejadian petang semalam.
Anggota bomba mengalihkan pokok jering yang menghempap sebuah rumah dalam kejadian petang semalam.
A
A
A

TEMERLOH - Sebuah keluarga berdepan detik mencemaskan apabila pokok jering tumbang dan menghempap rumah di Kampung Bukit Kelulut petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 5.29 petang itu menyebabkan sebahagian rumah musnah namun tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin, Penolong Penguasa Bomba, Hasnuddin Hussin berkata, seramai sembilan anggota dari BBP terbabit bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan orang awam.

"Anggota bomba memotong dan mengalihkan pokok terbabit dengan menggunakan dua unit pemotong gergaji dan parang.

"Operasi terbabit mengambil masa kira-kira satu jam 21 minit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anggota bomba mengalihkan pokok jering yang menghempap sebuah rumah dalam kejadian petang semalam.
Anggota bomba mengalihkan pokok jering yang menghempap sebuah rumah dalam kejadian petang semalam.

Artikel Berkaitan: