Angin kencang, laut bergelora di Pantai Timur sehingga Isnin

Keadaan laut berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.
Keadaan laut berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di perairan Pantai Timur dijangka berterusan sehingga Isnin ini.

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web rasmi met.gov.my pada jam 12.05 tengah malam.

Kenyataan itu memaklumkan angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter (m) dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur sehingga Isnin, 16 Disember 2019.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai.

Keadaan sama dijangka berlaku di kawasan perairan Tioman, utara Bunguran dan barat Reef North juga diberi amaran kategori kedua untuk perkapalan sehingga Isnin.

Sementara itu, amaran kategori ketiga untuk perkapalan berikutan angin kencang timur laut berkelajuan dari 60 km/j dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 m dijangka di kawasan perairan Condore juga sehingga Isnin ini.

Tiga kategori amaran yang perlu diambil perhatian oleh orang ramai supaya tidak mendekati kawasan pantai.
Tiga kategori amaran yang perlu diambil perhatian oleh orang ramai supaya tidak mendekati kawasan pantai.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Artikel Berkaitan:

Amaran kategori pertama pula dikeluarkan di perairan selatan Samui, selatan Bunguran, timur Reef North, Pulau Layang-layang, Palawan dan Labuan.

Tiupan angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 m dijangka sehingga Selasa, 17 Disember 2019.

Amaran dan keadaan sama dijangka berlaku di kawasan perairan Sarawak dan Sabah Barat. Situasi itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Semalam Sinar Harian melaporkan MetMalaysia memberi amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua berlaku di perairan Pantai Timur.

Orang ramai diminta sentiasa berwaspada dan tidak berada di laut atau menghampiri pantai.