Perpaduan jamin kesejahteraan berterusan

Peserta Sweat & Shoot Sukan Tanpa Diskriminasi melakukan senaman dan berzumba sebelum perlawanan bermula di perkarangan bangunan Kumpulan Karangkraf.
Peserta Sweat & Shoot Sukan Tanpa Diskriminasi melakukan senaman dan berzumba sebelum perlawanan bermula di perkarangan bangunan Kumpulan Karangkraf.
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat berbilang kaum di negara ini perlu mengamalkan semangat perpaduan dalam kehidupan seharian yang menjadi elemen penting menjamin kesejahteraan berterusan.

Koordinator program Sweat & Shoot (Sin Chew) Keh Boon Keong berkata, justeru usaha yang dilaksanakan bagi tujuan itu perlu mendapat sokongan rakyat.

"Semangat perpaduan ini penting kerana kita hidup berbilang bangsa, agama dan keturunan di negara ini.

"Oleh itu, program seperti ini boleh membantu," katanya ketika ditemui pada program Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi di perkarangan Kumpulan Karangkraf hari ini.

Boon Keong juga memberitahu program berkenaan memberi peluang kepada peserta untuk mencuba sukan berbeza selain saling memahami adat dan budaya kaum lain.

"Sebelum ini ada yang menganggap bola keranjang hanya untuk kaum Cina, bola sepak hanya untuk kaum Melayu. Sebenarnya tidak," katanya.

Katanya, Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi adalah kerjasama kali kedua bersama Kumpulan Karangkraf tetapi menggunakan platform sukan untuk penyertaan orang ramai.

Artikel Berkaitan: