Boris jadi 'Ratu' di muka depan akhbar Perancis

Wajah Johnson yang disunting seperti Ratu Elizabeth II menerusi muka depan akhbar Liberation di Perancis semalam. - Foto Agensi
Wajah Johnson yang disunting seperti Ratu Elizabeth II menerusi muka depan akhbar Liberation di Perancis semalam. - Foto Agensi
A
A
A

PARIS - Kemenangan besar-besaran Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dalam Pilihan Raya Umum pada Khamis lalu menjadi tajuk muka depan kebanyakan akhbar di seluruh dunia semalam.

Paling mencuit hati apabila muka depan akhbar harian, Liberation di Perancis menyunting wajah bekas Datuk Bandar London yang menyerupai seperti Permaisuri Britain, Ratu Elizabeth II.

Menerusi laporannya, ia menyifatkan kemenangan Parti Konservatif dalam pemilihan umum menunjukkan rakyat UK telah mengamanahkan mandat jelas kepada Johnson untuk memuktamadkan pemisahan daripada Kesatuan Eropah (EU).

Sementara itu, tabloid Jerman, Bild menggunakan tajuk 'Kemenangan Besar untuk Brexit Boris' manakala akhbar La Repubblica di Itali tampil dengan 'Europa bye-bye' (Selamat tinggal Eropah) dan ia turut merujuk kemenangan Tori sebagai yang terbesar sejak pentadbiran Margaret Thatcher pada 1987.

Beberapa akhbar lain juga menggunakan tajuk yang 'catchy' seperti 'Hurikan Boris', 'Gempa Brexit' dan 'Tory avalanche'.

Keputusan pemilihan itu menyaksikan Parti Konservatif berjaya memperoleh majoriti jelas dengan menguasai 365 kerusi manakala Parti Buruh meraih 203 kerusi. - Agensi

Artikel Berkaitan: