Pemandu jengkaut maut tertimbus tanah

Bomba mengeluarkan mangsa dengan sebuah jengkaut lain setelah tertimbus tanah di Kampung Pulai Baru Bukit Berangan petang tadi. - Foto JBPM Kuala Nerus
Bomba mengeluarkan mangsa dengan sebuah jengkaut lain setelah tertimbus tanah di Kampung Pulai Baru Bukit Berangan petang tadi. - Foto JBPM Kuala Nerus
A
A
A

KUALA NERUS - Seorang pemandu jengkaut maut selepas tertimbus tanah ketika sedang melakukan kerja-kerja menarah bukit di Kampung Pulai Baru Bukit Berangan di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa, Muhamad Amiruddin Abdul Ghani, 21, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Yusmizan Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 5.41 petang daripada orang awam yang memberitahu ada seorang lelaki tertimbus tanah.

"Seramai tujuh kekuatan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba kita mendapati mangsa berada di bahagian pemandu jengkaut dengan ditimbus tanah," katanya dalam kenyataan petang tadi.

Suasana di sekitar lokasi kejadian. - Foto: JBPM Kuala Nerus
Suasana di sekitar lokasi kejadian. - Foto: JBPM Kuala Nerus

Menurutnya, kerja-kerja mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira 20 minit dengan bantuan sebuah jengkaut yang lain.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa disahkan meninggal oleh pegawai perubatan sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.