Sidang Kemuncak KL 2019 forum bincang isu semasa masyarakat Islam
KUALA LUMPUR - Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL) 2019 akan menjadi forum yang sangat penting bagi pemimpin Islam membincangkan situasi semasa yang dihadapi masyarakat Islam di seluruh dunia.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kini telah sampai di peringkat yang mana umat Islam di merata-rata tempat ditindas.
"Umat Islam dilabel sebagai pengganas dan kini terdapat perasaan takut terhadap Islam. Ia cukup jelas bahawa keadaan bertambah buruk.
"Sebaliknya, penindasan itu seolah-olah tidak membimbangkan sesiapa," katanya dalam satu mesej video yang disiarkan melalui akaun Twitter rasmi, Sidang Kemuncak KL hari ini.
Sidang kemuncak itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai 18 hingga 21 Dis dan Dr Mahathir adalah pengerusi Sidang Kemuncak KL 2019.
"Selamat datang ke Malaysia pada Sidang Kemuncak KL 2019," kata Dr Mahathir.
Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan; Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan Presiden Iran Hassan Rouhani dijangka menyertai sidang kemuncak berkenaan. - Bernama
Interview with Tun Dr. Mahathir Mohamad, Prime Minister of Malaysia, regarding the upcoming #KLsummit2019. He has always been an advocate for Muslims around the world and would like for others to share his strong sentiments about the issues confronting Muslims today. pic.twitter.com/hPWD10TVmk
— KL Summit 2019 (@kl_summit) December 14, 2019
Syahid akhirat buat mangsa tragedi
KPT arah UM serah segera laporan kenyataan profesor didakwa pro-Israel
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan - Ahmad Maslan
Nahas helikopter TLDM: KPT bantu anak-anak mangsa
[VIDEO] Adira, Datuk Red bercerai talak satu
Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Jenazah Noor Rahiza akan dibawa ke rumah untuk penghormatan terakhir
Suami isteri jual sate ayam semurah 50 sen secucuk