Masalah brek punca kemalangan sembilan kenderaan

Proton Wira remuk di bahagian depan dan belakang selepas dilanggar lori simen dari bahagian depan dalam kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di KM 32 Jalan KL - Seremban di sini pagi tadi.
Proton Wira remuk di bahagian depan dan belakang selepas dilanggar lori simen dari bahagian depan dalam kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di KM 32 Jalan KL - Seremban di sini pagi tadi.
A
A
A

KAJANG - Masalah brek sebuah lori simen menjadi punca kemalangan melibatkan sembilan kenderaan di KM32 Jalan KL - Seremban di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, ketika kejadian jam 11 pagi itu, lori jenis Nissan berkenaan sedang dipandu dari arah Bandar Rinching menghala ke Broga.

Menurutnya, pemandu lori yang berusia 30-an itu mula mengesan brek kenderaan itu tidak berfungsi ketika sedang menuruni jalan berbukit.

"Pemandu lori berkenaan kemudiannya mengubah haluan ke kanan bagi mengelak melanggar kenderaan di hadapannya.

"Bagaimanapun lori itu melanggar pembahagi jalan dan masuk ke jalan bertentangan sebelum melanggar sebuah Proton Wira dan menyeret kereta itu sehingga melanggar tujuh kenderaan yang lain," katanya.

Katanya, lori tersebut ditahan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk pemeriksaan Puspakom.

"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tiada mangsa yang cedera dalam kejadian itu," katanya.

Terdahulu, kejadian tersebut tular di Facebook selepas netizen berkongsi video berdurasi 1 minit memaparkan keadaan beberapa kenderaan yang remuk akibat dilanggar lori terbabit.

Artikel Berkaitan:

Kelihatan juga seorang pemandu warga emas terperangkap dalam sebuah kereta Proton Wira yang remuk dan dihimpit dua lori di bahagian depan dan belakang