Dr Mahathir terima Anugerah Forum Doha

Dr Mahathir menerima Anugerah Forum Doha dari Sheikh Tamim Hamad Al-Thani hari ini. - Foto Bernama
Dr Mahathir menerima Anugerah Forum Doha dari Sheikh Tamim Hamad Al-Thani hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

DOHA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima satu lagi penghormatan membanggakan apabila dianugerahkan Anugerah Forum Doha hari ini.

Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani menyampaikan anugerah itu kepada Dr Mahathir.

Anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan, suara dan inisiatifnya dalam membangun dan mempromosikan Malaysia, di samping peranannya di peringkat antarabangsa.

Penganugerahan itu adalah yang pertama diberikan kepada mana-mana pemimpin atau individu sejak Forum Doha pertama kali dianjurkan 19 tahun lepas.

Forum Doha adalah sebahagian daripada program perdana menteri sempena lawatan rasmi empat hari ke Qatar, yang berakhir hari ini.

Dr Mahathir yang diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali telah berlepas kembali ke Malaysia, dari Terminal Amiri, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di sini kira-kira jam 11.20 pagi (4.20 petang waktu Malaysia). - Bernama

Artikel Berkaitan: