Pelajar lemas tergelincir di Sungai Paka

Penduduk kampung mengangkat mayat mangsa ke tebing. Foto: Pembaca
Penduduk kampung mengangkat mayat mangsa ke tebing. Foto: Pembaca
A
A
A

DUNGUN - Seorang pelajar lemas ketika bermain air bersama dua lagi sepupunya di kawasan tempat nelayan menyimpan bot di tebing Tembah, Sungai Paka di sini petang tadi.

Mayat mangsa, Puteri Aniesya Najwa Zamani, 16, dari Kuantan, Pahang ditemui penduduk kampung pada jam 5.45 petang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Salahuddin Isa berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama dua lagi sepupunya ke lokasi berkenaan pada jam 4.30 petang.

"Difahamkan mangsa yang beralamat dari Kuantan, Pahang itu datang bercuti ke rumah saudaranya yang terletak berhampiran.

"Mangsa dipercayai ke lokasi kejadian untuk bermain sebelum tergelincir," katanya dalam satu kenyataan media petang tadi.

Menurutnya, bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka bergegas ke lokasi bagi tujuan mencari dan menyelamat.

"Bagaimanapun setibanya ke lokasi, kita dapati mayat remaja perempuan itu sudah ditemui di lokasi dia dilaporkan tergelincir.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan: