80 mangsa dari dua kampung dipindahkan

Anggota bomba dan polis memindahkan mangsa banjir selepas dua kampung di daerah Rompin dinaiki air petang tadi. FOTO: Ihsan bomba
Anggota bomba dan polis memindahkan mangsa banjir selepas dua kampung di daerah Rompin dinaiki air petang tadi. FOTO: Ihsan bomba
A
A
A

KUANTAN - Seramai 80 mangsa banjir dari dua kampung di daerah Rompin telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sejak petang tadi.

Setakat jam 6.30 petang hari ini, dua PPS dibuka di Balai Raya Kampung Kasing dan Balai Raya Kampung Setajam.

Pengarah Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata, seramai 57 mangsa dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Kasing.

"Mangsa terdiri daripada 11 lelaki, 15 perempuan dan 30 kanak-kanak.

"Air mula naik di kawasan ini kira-kira jam 2.44 petang berikutan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, seramai 24 mangsa dipindahkan di PPS Balai Raya Kampung Setajam membabitkan dua lelaki, 12 perempuan dan 10 kanak-kanak.

"Operasi pemindahan ini melibatkan 10 anggota polis, enam anggota bomba serta sebuah lori," katanya.

Katanya, cuaca di sekitar daerah Rompin juga baik sepanjang hari ini dan pemantauan akan terus dilakukan bagi memastikan proses pemindahan penduduk dapat dilakukan segera apabila keadaan memerlukan.

Artikel Berkaitan:

Anggota bomba memindahkan mangsa banjir selepas dua kampung di daerah Rompin dinaiki air petang tadi. FOTO: Ihsan bomba
Anggota bomba memindahkan mangsa banjir selepas dua kampung di daerah Rompin dinaiki air petang tadi. FOTO: Ihsan bomba