X

Kindly register in order to view this article
!

142 mangsa banjir dipindahkan di Rompin

Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Kampung Pianggu petang tadi.
A
A

KUANTAN - Seramai 142 mangsa banjir melibatkan 32 keluarga dari lima kampung di daerah Rompin dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pianggu sehingga jam 5.30 petang ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Penolong Pesuruhjaya (PA), Zainal Yusof berkata, kampung yang terlibat banjir ialah Kampung Setajam, Kampung Teluk Gading Tanjung Gemok, Kampung Janglau, Kampung Pianggu dan Kampung Kurnia.

Menurutnya, kesemua mangsa dipindahkan dengan kerjasama pihak Jawatankuasa Bencana Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Pihak JKM dengan bantuan APM dan MPKK ( Majlis Pengurusan Komuniti Kampung) telah mengagihkan bantuan bekalan makanan dan keperluan lain kepada mangsa yang terlibat," katanya.

Katanya, kejadian banjir mula berlaku kira-kira jam 12 tengah hari tadi berikutan hujan lebat sejak semalam.