X

Kindly register in order to view this article
!

Uncle baiki jalan berlubang seperti kolam ikan

Paparan video tular di laman sosial.
A
A

JOHOR BAHRU - Sering kita dengar kemalangan jalan raya berlaku disebabkan kecuaian pemandu atau kegagalan kenderaan untuk berfungsi dengan baik.

Namun ada beberapa perkara yang boleh menjadi faktor kemalangan iaitu keadaan jalan raya itu sendiri.

Jalan berlubang sangat berbahaya terutama kepada kenderaan ringan seperti motosikal yang mudah hilang kestabilan apabila terlanggar lubang sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

Baru-baru ini, tular di laman sosial memaparkan seorang lelaki menampal jalan berlubang untuk kebaikan orang ramai di Taman Perling, di sini.

Facebook Persatuan Bangsa Johor memuat naik video berdurasi 1 minit 23 saat dihujani maklum balas daripada netizen.

Posting Facebook itu mengucapkan syabas kepada lelaki itu kerana mengutamakan keselamatan pengguna lain dengan menutup lubang yang disifatkan seperti 'kolam ikan'.

"Salute pada uncle ni. Tutup lubang jalan yang dah macam kolam ikan di depan KFC Perling untuk keselamatan pengguna yang lain. Kereta uncle ni yang paling 'rare' di JB." tulisnya.

Mereka juga memuji tindakan lelaki itu dan mempersoalkan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan di kawasan itu yang seolah-olah tidak peduli dengan masalah rakyat.

Susulan dengan penularan video tersebut, rata-rata netizen memuji sikap bertanggungjawab yang dipamerkan oleh lelaki itu.

Kata Fay GD Geminie, "Baiknya dia, demi keselamatan pengguna lain. Semoga hidup uncle ini sentiasa berjaya selalu."

Ada juga netizen berkongsi gambar terbaru memaparkan lelaki itu masih menampal jalan itu demi menggelakkan kejadian buruk berlaku.

Heliza Abd Latib memberitahu, dia kerap kali melihat kelibat lelaki itu membaiki jalan berlubang di sekitar Johor Bahru.