Buruh warga Indonesia maut kereta terbabas

Beginilah keadaan kereta dipandu mangsa yang terbabas di lokasi. Foto: Pembaca
Beginilah keadaan kereta dipandu mangsa yang terbabas di lokasi. Foto: Pembaca
A
A
A

KEMAMAN - Seorang pekerja buruh warga Indonesia maut dalam kemalangan di KM108 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan menghala Kuantan di sini tengah hari tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam jam 12.55 tengah hari mangsa yang dikenali sebagai Rahem, 41, memandu kereta jenis Proton Savvy milik seorang lelaki tempatan dari Paka dari Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan hingga ke kawasan U -turn sebelah kanan.

"Akibat kemalangan itu mangsa mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: