Protes anti-Johnson landa London

Kumpulan anti-Tori itu membantah kemenangan Parti Konservatif dalam pemilihan pada Khamis lalu. - Foto: Agensi
Kumpulan anti-Tori itu membantah kemenangan Parti Konservatif dalam pemilihan pada Khamis lalu. - Foto: Agensi
A
A
A

LONDON - Ratusan penunjuk perasaan membanjiri laluan sekitar London semalam untuk menyuarakan bantahan terhadap kemenangan Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri, Boris Johnson dalam pilihan raya umum pada Khamis lalu.

Kebanyakan mereka turut melaungkan slogan 'Boris Johnson, bukan perdana menteri saya' dan 'Boris, Boris, letak jawatan!' serta berarak sambil membawa plakad mengecam pemerintahan Tori.

Protes itu diadakan beberapa jam selepas Johnson berikrar 'memulihkan negara' untuk tempoh lima tahun akan datang.

Sejurus kemenangan Konservatif melepasi majoriti dengan menguasai 365 kerusi di Dewan Perwakilan, bekas Datuk Bandar London itu juga berjanji untuk menyatukan negara terbabit yang berdepan perpecahan kerana Brexit sejak tiga tahun lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: