Kren tumbang: DBKL keluar arahan henti kerja

Kerja pengalihan kren dilakukan oleh kontraktor terlibat di lokasi malam tadi. - Foto: DBKL.
Kerja pengalihan kren dilakukan oleh kontraktor terlibat di lokasi malam tadi. - Foto: DBKL.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan notis henti kerja membabitkan sebuah projek pembinaan perumahan di Bandar Baru Sentul di sini susulan kejadian kren tumbang semalam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, arahan itu berkuat kuasa serta- merta mengikut Seksyen 70B(5)(a) Akta Jalan Parit Bangunan 1975.

Menurutnya, pemaju dan kontraktor didapati gagal menjaga keselamatan ketika menjalankan kerja-kerja pembinaan sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda dan kecederaan.

"Kejadian mobil kren tumbang semalam menyebabkan kerosakan dua kereta jenis Honda City dan Proton Wira serta menghalang laluan.

"Insiden turut menyebabkan kecederaan kepada empat mangsa membabitkan seorang lelaki dan dua wanita serta seorang bayi lelaki," katanya.

Katanya, pihak berkaitan diminta menyediakan laporan insiden itu dan punca kegagalan menjaga keselamatan.

"Sambungan kerja hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran memulakan kerja dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kren tumbang menghempap sebuah kereta milik pengusaha bengkel di Bandar Baru Sentul di sini malam tadi. - Foto: DBKL
Kren tumbang menghempap sebuah kereta milik pengusaha bengkel di Bandar Baru Sentul di sini malam tadi. - Foto: DBKL

Sinar Harian semalam melaporkan empat warga Indonesia cedera dalam kejadian kren tumbang yang berlaku kira-kira jam 6.34 petang.

Kejadian menyebabkan tiga rumah dan dua kereta rosak dihempap kren dari tapak projek itu dan jalan ditutup sehingga lewat malam untuk kerja-kerja pengalihan dan pembersihan kawasan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kren-tumbang-Empat-warga-Indonesia-termasuk-seorang-bayi-cedera