Nahas Lion Air: Operasi cari CVR dilancarkan semula

 Beberapa kapal tentera laut turut terlibat dalam operasi carian pada November lalu.
Beberapa kapal tentera laut turut terlibat dalam operasi carian pada November lalu.
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA . Indonesia akan melancarkan usaha pencarian semula untuk mencari perakam suara kokpit (CVR) pesawat Lion Air, JT610 yang terhempas di Laut Jawa pada 29 Oktober lalu.

"Jika cuaca baik, kapal akan mula berangkat hari ini," kata Ketua Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT), Soerjanto Tjahjono yang tidak memberikan had tempoh masa operasi itu.

Sumber agensi itu memberitahu, pasukan yang menyertai operasi itu mempunyai tempoh selama tujuh hari menggunakan kapal KRI Spica untuk mengesan CVR tersebut yang dijangka memberi petunjuk penting kepada siasatan mereka.

Minggu lalu, penyiasat memaklumkan mereka merancang untuk menggunakan kapal tentera laut untuk operasi pencari kotak hitam kedua tersebut selepas operasi selama 10 hari yang dibiayai Lion Air gagal untuk mengesan CVR terbabit.

Kotak hitam pertama, perakam data penerbangan ditemui tiga hari selepas nahas pertama melibatkan Boeing 737 MAX itu turut meragut nyawa kesemua 189 penumpang.

Difahamkan. laporan awal KNKT memberi tumpuan kepada penyelenggaraan dan latihan penerbangan serta tindak balas sistem anti-pegun Boeing kepada sensor baharu yang diganti, namun tidak mendedahkan punca tragedi tersebut. - Reuters

Artikel Berkaitan: