Kerja pembinaan jambatan Lebuh Raya Pan Borneo dihentikan

Kejadian runtuhan rasuk jejambat berkenaan Jumaat lalu. - Foto JKR Miri
Kejadian runtuhan rasuk jejambat berkenaan Jumaat lalu. - Foto JKR Miri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja pembinaan jambatan di tapak pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di kawasan Seksyen Pujut Miri, Sarawak diarahkan berhenti serta-merta selepas kejadian runtuhan rasuk jejambat berkenaan Jumaat lalu.

Kementerian Kerja Raya berkata, kerja-kerja pembinaan di kawasan kemalangan dihentikan bagi memastikan keselamatan para pekerja dan orang ramai terjamin.

“Kementerian telah menerima laporan bahawa dua orang pekerja telah mengalami kecederaan berikutan kemalangan tersebut dan kini telah dirawat.

“Kementerian juga telah mengarahkan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti punca kemalangan dan bagi memastikan kejadian tersebut tidak berulang,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Dalam kejadian itu, jambatan dalam pembinaan bagi projek laluan Pan Borneo di Pakej Kerja 11 (WPC11) Seksyen Pujut runtuh sekitar jam 2.40 petang.

Kejadian berkenaan turut dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (DOSH).

Artikel Berkaitan: