X

Kindly register in order to view this article
!

1,000 hektar ladang sawit di Kelantan terjejas banjir

Gambar hiasan
A
A

KOTA BHARU - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam proses penilaian kerosakan ladang miliknya akibat banjir di Kelantan baru-baru ini berikutan terdapat kawasan ladang terjejas akibat bencana itu.

Pengurus Besar Felda Wilayah Gua Musang, Dr Mohd Syaiful Hassan berkata, antara ladang yang terjejas adalah di Kemahang 4, Tanah Merah apabila kira-kira 1,000 hektar tanaman kelapa sawit ditenggelami air.

"Kawasan itu kawasan lembah yang mudah dinaiki air dan kami dalam proses menilai kemusnahan keseluruhan tanaman," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Baru-baru ini, Kelantan mengalami banjir gelombang pertama dan dijangka berlaku banjir gelombang kedua di negeri ini pada penghujung Disember ini.

Mohd Syaiful berkata, banjir gelombang pertama itu hanya membabitkan ladang di Kemahang 4 sahaja manakala di Gua Musang tiada kawasan yang terjejas.

"Pihak kami bersiap sedia bagi menghadapi banjir gelombang kedua dengan menyediakan kemudahan bot dan membekukan cuti kakitangan bagi menghadapi kemungkinan berlaku," katanya.- Bernama