PH berusaha pastikan kebajikan rakyat terbela

Shaid Rosli bergambar bersama akar umbi Bersatu Kuala Selangor pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Kuala Selangor di Hotel Concorde Shah Alam semalam.
Shaid Rosli bergambar bersama akar umbi Bersatu Kuala Selangor pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Kuala Selangor di Hotel Concorde Shah Alam semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan sentiasa berusaha memastikan kebajikan rakyat terus terbela dan manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) tahun lalu ditunaikan.

Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, kerajaan kini menghadapi masalah kewangan dan sedang bekerja keras mengembalikan semula wang yang disalah guna kerajaan terdahulu.

"Kerajaan akan memastikan janji ditunaikan," katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Kuala Selangor di Hotel Concorde Shah Alam semalam.

Mengulas mengenai program itu katanya, ia bertujuan meraikan jentera parti yang bekerja keras memastikan kelancaran PRU14 lalu.

“Kita berharap usaha dan jalinan kerjasama antara jentera di dalam parti sentiasa kukuh,” katanya.

Seramai 200 ahli hadir pada majlis yang dianjurkan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Jeram, Shaid Rosli.

Turut hadir ADUN Bukit Malawati, Juwairiya Zulkifli.

Artikel Berkaitan: