Jualan tanah LGM: Menteri gesa Najib henti pesongkan isu

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Menteri Industri Utama, Teresa Kok menggesa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjawab semua soalan mengenai penjualan tanah Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Sungai Buloh.

Dalam kenyataan, katanya perkara ini serius berikutan ia melibatkan wang awam, iaitu daripada LGM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau berkata Najib mengelak dari awal lagi dan mengelak daripada membincangkan perkara penting ketika mengkritik pendedahan kerajaan mengenai transaksi penjualan itu, yang diarahkan oleh Kabinet di bawahnya.

“Ia mudah di mata orang ramai, beliau enggan memberikan jawapan tetapi sebaliknya memesongkan isu itu,” katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan: