Sanggup berkhemah tunggu Star Wars

Peminat setia Star Wars sanggup berkhemah seminggu sebelum tayangan perdana Star Wars The Rise of Skywalker ditayangkan.
Peminat setia Star Wars sanggup berkhemah seminggu sebelum tayangan perdana Star Wars The Rise of Skywalker ditayangkan.
A
A
A

LOS ANGELES - Meskipun lebih seminggu sebelum tayangan blockbuster Star Wars ditayangkan, peminat tegar trilogi filem sains fiksyen itu sudah pun mula memenuhi pekarangan Chinese Theatre Hollywood.

Setakat semalam, kira-kira 20 orang sanggup berkhemah, membawa beg tidur dan projektor filem mudah alih semata-mata untuk menjadi antara yang pertama di dunia menyaksikan Star Wars The Rise of Skywalker.

Penganjur menjangkakan jumlah itu akan meningkat kepada lebih 150 orang dalam beberapa hari lagi dengan peminat daripada pelbagai peringkat umur akan datang sejauh dari United Kingdom dan Jepun untuk menonton di tempat ikonik yang menayangkan Star Wars pertama pada 1977.

"Saya beruntung kerana masih dapat bekerja menggunakan komputer riba walaupun sedang beratur," kata peguam, Shing Hwong dari San Francisco.

Difahamkan, 'tradisi' berbaris di luar tayangan perdana filem Star Wars telah bermula dua dekad lalu ketika The Phantom Menace ditayangkan pada 1999.

Ketika itu, pencinta filem tersebut sanggup menunggu selama 42 hari di Hollywood Boulevard. - Agensi

Artikel Berkaitan: