DAP mahu tingkat peranan di Kelantan

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU - DAP Kelantan melahirkan hasrat agar ahlinya turut dipilih menganggotai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, kata Pengerusinya Chua Chin Hui.

Chin Hui berkata, setakat ini terdapat 26 cawangan DAP di seluruh Kelantan dengan keahlian kira-kira 3,000 orang yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Orang Asli Gua Musang.

“Setakat ini, beberapa cawangan seperti dari Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Bachok sudah menyerahkan senarai nama dan pihak kami masih menunggu senarai nama dari Kuala Krai, Gua Musang dan beberapa lagi kawasan Parlimen.

"Di Tumpat dan Kampung Balai, Bachok ada masyarakat Siam dan di Gua Musang majoriti ahli DAP adalah Orang Asli, jadi lantikan ahli MPKK daripada masyarakat berkenaan adalah perlu," katanya pada sidang akhbar di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata tiada kuota diberikan kepada DAP Kelantan untuk melantik ahlinya menjadi jawatankuasa berkenaan namun ia bergantung kepada keputusan Pengerusi PH Kelantan Datuk Husam Musa.

“Hasil mesyuarat yang diadakan sebelum ini bersama Husam, beliau menjelaskan jumlah ahli MPKK biasanya bergantung kepada parti mana yang bertanding di sesuatu kawasan pada PRU14.

“Urusan pelantikan ahli MPKK ini dijangka selesai paling lewat kemungkinan akhir Januari ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Chua berkata DAP Kelantan akan menghantar seramai 150 ahlinya yang diketuai oleh Naib Pengerusi 1 DAP Kelantan, Datuk Azaha Abdul Rani bagi membantu calon PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata selain itu, DAP Kelantan turut melancarkan Jawatankuasa Urusetia Bencana Alam bagi membantu mana-mana pihak yang ditimpa sebarang musibah termasuk banjir, kebakaran dan ribut. - Bernama